Wednesday, July 22, 2009

Aktiviti Hari ini - 23-July

Assalamua'laikum wbt..

Tak banyak benda2 atau perkara2 yg berfaedah yg dapat aku lakukan pada hari ni. Rasa bosan juga jika dari pagi sampai ke tengah hari dihabiskan dengan membaca saja. Kerja kt opis dari minggu lepas dah slow mode, rasa cam makan gaji free saja. Tapi aku bukan "curi tulang", dah sememangnya x ada kerja yang boleh aku lakukan.

Selain dari membaca, pagi tadi aku sempat juga "mem-fwd" 2 keping gambar lama pada teman2 sebilik dengan ku sewaktu tinggal di asrama dulu. Alhamdulillah, dengan adanya teknologi tanpa sempadan ini, memori lama dapat dijelmakan kembali walau masa dan jarak serta jurang waktu sudah jauh memisahkan kami lantaran masing2 sudah menetap dan bermastautin di daerah dan jajahan yang berlainan.

Semua ini adalah gara-gara diskusi kami bulan lepas apabila mendapat cerita bahawa salah seorang dari room-mate kami sudah menjadi part-time model dan ada satu iklan produk minuman di ti-vi yang beliau lakonkan. Makanya semlm apabila iklan itu ditayangkan di screen ti-vi, dan memang terperasan akan wajah si teman tersebut, aku lantas ter "flashback" akan cerita dolu-dolu. Serentak dengan itu juga aku teringat akan gambar lama yang sudah masuk 2 dekad dan masih baik dalam simpanan ku. Aku keluarkan gambar tersebut dan menunjukkan pada suami bahawa inilah gambar teman model tu kira2 20++ tahun yang lalu. :-)

Maka pagi tadi aku mulakan tugasan aku meng"upload" 2 keping gambar tersebut ke dlm NB dan dengan gembiranya juga mem"fwd" gambar2 tersebut untuk tatapan teman-tman ku. Puas rasanya selepas itu dan tidak sabar rasanya menunggu reply dari mereka. Dan seperti dijangka, rata2 sangat teruja melihat kembali wajah2 mereka sekitar 20++ yg lalu... hhmmm

Di manakah agaknya kita 20, 10 atau 5 tahun akan datang... Hanya DIA yang maha mengetahui..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Cool by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP