Wednesday, July 22, 2009

Aktiviti Hari ini - 23-July

Assalamua'laikum wbt..

Tak banyak benda2 atau perkara2 yg berfaedah yg dapat aku lakukan pada hari ni. Rasa bosan juga jika dari pagi sampai ke tengah hari dihabiskan dengan membaca saja. Kerja kt opis dari minggu lepas dah slow mode, rasa cam makan gaji free saja. Tapi aku bukan "curi tulang", dah sememangnya x ada kerja yang boleh aku lakukan.

Selain dari membaca, pagi tadi aku sempat juga "mem-fwd" 2 keping gambar lama pada teman2 sebilik dengan ku sewaktu tinggal di asrama dulu. Alhamdulillah, dengan adanya teknologi tanpa sempadan ini, memori lama dapat dijelmakan kembali walau masa dan jarak serta jurang waktu sudah jauh memisahkan kami lantaran masing2 sudah menetap dan bermastautin di daerah dan jajahan yang berlainan.

Semua ini adalah gara-gara diskusi kami bulan lepas apabila mendapat cerita bahawa salah seorang dari room-mate kami sudah menjadi part-time model dan ada satu iklan produk minuman di ti-vi yang beliau lakonkan. Makanya semlm apabila iklan itu ditayangkan di screen ti-vi, dan memang terperasan akan wajah si teman tersebut, aku lantas ter "flashback" akan cerita dolu-dolu. Serentak dengan itu juga aku teringat akan gambar lama yang sudah masuk 2 dekad dan masih baik dalam simpanan ku. Aku keluarkan gambar tersebut dan menunjukkan pada suami bahawa inilah gambar teman model tu kira2 20++ tahun yang lalu. :-)

Maka pagi tadi aku mulakan tugasan aku meng"upload" 2 keping gambar tersebut ke dlm NB dan dengan gembiranya juga mem"fwd" gambar2 tersebut untuk tatapan teman-tman ku. Puas rasanya selepas itu dan tidak sabar rasanya menunggu reply dari mereka. Dan seperti dijangka, rata2 sangat teruja melihat kembali wajah2 mereka sekitar 20++ yg lalu... hhmmm

Di manakah agaknya kita 20, 10 atau 5 tahun akan datang... Hanya DIA yang maha mengetahui..

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Coretan Pertama

Assalamua'laikum wbt..
Cubaan yang entah kali yg keberapa untuk menatari coretan di blog sendiri. Seperti kebanyakkan insan lain, adakalanya lebih mudah bagi aku untuk menzahirkan apa yg terbuku di hati pada screen bisu ini. Adalakalanya juga, perasaan resah dan gelisah yang terpendam akan terlerai dengan sendirinya bila-mana apa yang tersirat di hati dapat direalisasikan di sini.

Aku pernah menjadi seorang yang suka menulis dulu. Menulis dengan ertikata "menaip" butang2 kecil pada keyboard atau NB ku. Tidak dapat digambarkan kepuasan yang kita rasa apabila hasil nukilan sendiri ditatap oleh pembaca-pembaca lain. Dan kepuasan itu akan lebih dirasai apabila mendapat maklum balas dari teman-teman. Tidak kira sama ada maklum balas yang bersifat -ve atau sebaliknya.

Namun begitu, setelah agak lama tidak meluangkan masa untuk menari-narikan jari jemari di butang-butang kecil ini, minat ku untuk berkarya seakan pudar. "Krim kepala" sudah tepu, dan yang paling mendukacitakan aku, ada beberapa "hutang" yang belum aku jelaskan. Hutang pada diri sendiri dan hutang pada teman2 yang pernah menjadi pembaca dan pengkritik akan hasil tulisan ku yang tidak seberapa itu.

Besar harapan yang aku galaskan pada bahuku sendiri agar "Tarian" jari jemari ku kali ini akan berterusan supaya semua "hutang2" ku yang terdahulu dapat aku langsaikan. InsyaAllah..

Read more...

  © Free Blogger Templates Cool by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP